7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel...

Selalunya tertinggal barang di rumah atau di mana-mana memang sering kali berlaku, mungkin disebabkan kesilapan sendiri atau tidak disengajakan..Termasuk juga tertinggal barang di hotel atau di rumah-rumah tumpangan.. Berikut dikongsikan 7 barang peling yang pernah tertinggal di hotel.

1. Wang USD 6,000 


Meninggalkan tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik hotel.

2. Kaki palsu


Selipar atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.

3. Ikan jerung


Jika anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.

4. Ganja


Tidak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa perjalanan.

5. Kuda


Secara teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.

6. Gigi


Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Sepanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu kembali kepadanya.

7. Belon kambing


Mungkin penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku di Travelodge’s Edinburgh.

Sumber- http://www.himpunanceritalawak.com
Previous
Next Post »
0 Komentar