Berpindah adalah salah satu tugas yang paling besar dan memenatkan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan seperti membungkus barang-barang, menyewa lori dan bermacam-macam lagi. Jika korang bijak, terdapat banyak cara untuk membantu korang berpindah dengan cara lebih mudah dan lancar. Di bawah ada 6 tips yang mungkin boleh membantu korang. Jadi, selamat berpindah!
1. Cairkan barang didalam peti sejuk
Jangan lupa untuk cairkan, ambil tuala kering dan bersihkan peti sejuk anda 2-3 hari sebelum hari anda berpindah. Ia membantu korang untuk mencegah dari busuk dan basah. Mula kurangkan pembelian barang runcit dan beli apa yang perlu sahaja kerana semakin banyak makanan di saat akhir sebelum korang berpindah, semakin banyak korang akan membuang makanan.
2. Mengambil gambar kabel alatan elektronik korang
Ia adalah salah satu idea yang baik untuk mengambil gambar kabel di belakang televisyen dan elektronik korang seperti penerima AV, komputer dan lain-lain lagi. Jadi, korang boleh ingat di mana mereka semua berada dan memasangnya dengan mudah. Ini akan menjimatkan banyak masa korang apabila memasangnya kembali.
3. Put hanging clothes in garbage bags
4. Membuat pemegang kotak DIY
Korang tahu di mana untuk mencari kotak bila tiba masa untuk korang berpindah, tetapi peluang untuk mendapatkan kotak dengan pemegang adalah sangat rendah. Gunakan pemotong kotak untuk membuat lubang dan memasukkan tali, tangan atau bahan yang mudah digunakan untuk mengangkat kotak yang berat supaya korang mudah melakukan kerja.
5. Sediakan kotak bungkusan
Kotak bungkusan bekalan adalah kawan terbaik anda apabila korang berpindah. Jadi meletakkan bersama-sama semua kotak bungkusan bekalan tersebut dalam satu tempat. Dengan cara ini korang dapat memudahkan kerja korang untuk membawa barangan dan menggunakannya bila-bila masa yang anda perlukan.
6. Pilih barangan untuk malam pertama
Malam pertama di rumah baru korang boleh menjadi sukar dan memeningkan. Jika korang hendakkan keselesaan pastikan barangan yang besar dan mudah di susun anda keluarkan dari kotak. Barangan kecil seperti pinggan mangkuk adalah barang yang paling akhir dikeluarkan daripada kotak kerana benda-benda kecil seperti ini boleh disusun kemudian.
0 Komentar