Hotel Paling Besar Di Dunia Tetapi Tidak Pernah Berpenghuni

Hotel yang terletak di Pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Kerajaan Jerman pada zaman pemeritahan Nazi. Hotel ini di bina sepanjang 4.5 km dan hanya 150 m dari pantai. Hotel ini mempunyai total 10.000 bilik yang boleh menampung 20,000 orang sekaligus. Namun, setelah siap dibina hingga saat ini, hotel ini tidak pernah digunakan.

Hotel yang terletak di Prora, Pulau Ruegen ini dibina pada tahun 1936 dan siap pada tahun 1939. Pembangunannya memerlukan 9,000 orang pekerja. Tujuan Nazi membina hotel ini adalah untuk menyebarkan propaganda Nazi dimana mereka ingin mendirikan 4 resort pelancongan di kawasan tersebut dengan kemudahan mewah termasuk dermaga bagi kapal layar.


Namun, semua rancangan tersebut terpaksa di hentikan kerana berlakunya Perang Dunia II kerana Adolf Hitler memerintahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membuat persenjataan untuk berperang melawan sekutu.

Keadaan bangunannya masih kukuh walaupun ada beberapa bahagian yang lapuk. Namun kerajaan Jerman tidak pernah berniat untuk meminggirkan bangunan tua bersejarah ini. Sesuatu yang amat bertentangan dengan bangsa kita yang tidak pernah menghargai.


(Foto) Kucing ini Terabai Bertahun-Tahun Lamanya Sehinggakan Bulunya Bertukar Menjadi Dreadlocks




Seekor kucing bernama Hidey 'bertukar menyerupai sotong oktopus' setelah dia bertahun-tahun diabaikan oleh tuannya yang mengalami penyakit Alzheimer.

Difahamkan, Hidey mula menjadi tidak terurus sehinggakan bulu-bulunya menjadi kusut seterusnya bertukar menyamai rambut dreadlocks.

Foto kucing feline itu dimuat naik oleh laman Facebook, Animal Rescue League Shelter & Wildfire Center di Pittsburgh, Pennsylvania.

Posting foto itu berkata: "Kucing malang ini dibawa ke klinik kami semalam selepas tuannya yang sudah tua terpaksa berpindah ke rumah rumah jagaan orang tua.

"Ia menderita kekusutan teruk, menampakkannnya seperti sudah diabaikan bertahun-tahun lamanya.

"Pasukan medikal kami telah memotong bulu-bulu kusut itu dan kini, dia merasa semakin sihat. Dia akan dijaga oleh saudara terdekat tuannya dan akan berpeluang untuk hidup gembira semula.", sambung posting itu.

Hidey dijumpai oleh saudara terdekat tuannya, Paul Russel, yang risau tentang kucing di rumah itu selepas mengetahui khabar lelaki berkenaan telah dibawa ke rumah jagaan.

Terkejut dengan keadaan Hidey, Russel membawa haiwan itu ke klinik terbabit.

"Terlalu banyak bulu. Ia mungkin terabai bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi panjang seperti itu. Dia juga terlebih makan.", kata Russel.

Sumber: Dailymail





Rumah Lawa Perlu Ruma Besar Dan Mahal? Anda Silap


Artikel ini adalah hasil perkongsian Mohd Fuad Rajudin, anda boleh hubungi beliau melalui laman Facebook

Rumah adalah pusat kepada kehidupan. Bagaimana rumah kita? Itu adalah personaliti peribadi kita. Seterusnya ianya membayangkan bagaimana kita menguruskan kehidupan seharian bersama ahli keluarga.

Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan. Tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup, itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dalam membina kehidupan.


Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan hobi yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu memanfaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30′ x 32′ dengan ketinggian siling 14′ ini telah membuatkan saya berfikir di luar kotak.


Dengan hiasan berkonsepkan moden, saya mengunakan kelebihan ruang tinggi rumah ini dengan mengolah semula ruang tamu yang telah sedia ada kepada dua bahagian iaitu, ruang bawah sebagai tempat berehat dan bersantai selain turut menempatkan meja makan pada bahagian hadapan. Manakala ruang baru iaitu di bahagian atas pula, saya wujudkan sebagai ruang pejabat dan ruang bacaan.


Bagaimana idea ini tercetus, sudah tentu dari Allah. Selain itu, saya serta keluarga memang berkongsi minat yang sama, iaitu membaca dan menulis. Dalam masa yang sama, tanggungjawab sebagai perunding acara memerlukan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja yang sering ditempah oleh pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan, syarikat pengurusan acara dan bekalan alatan acara. Bagi tujuan itu, saya amat mementingkan ruang yang selesa untuk saya menyediakan kertas kerja.

Rumah juga adalah pusat kehidupan, maka jadikanlah ianya syurga supaya seluruh keluarga merasa tenang dan tenteram apabila berada di dalamnya.

Semoga bermanfaat.

Ingat, Bila Kau Menyenangkan Hati Isteri, Segala Urusan Kau Akan Dipermudahkan


Bila bernikahnya antara seorang lelaki dan wanita itu, maka akan bertambahlah satu tanggungjawab abru dalam kehidupan berumah tangga.

Kepercayaan dan kejujuran adalah salah satu perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam satu-satu perhubungan lebih-lebih lagi apabila sudah tinggal sebumbung.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mizan Dzai cukup baik untuk dibaca oleh mereka yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin.

Jom kita baca.

KEPERCAYAAN YANG RETAK
======================
Bagi aku simple je, isteri ni kalau sekali kau dah kantoi buat hal belakang dia, confirm kau dah tak ada muka. Bukan senang nak peroleh kembali kepercayaan isteri kau yang tersayang tu. Sedih bila hubungan masa mula kahwin dulu dah tak sama dengan sekarang, nak salahkan siapa?

Wanita ni dilahirkan memang untuk tabah. Tabah dengan pe'el dan angin kau tu. So, setabah itu dia buat derk dengan pujuk rayu kau bila dah kantoi buat hal. Dapat pujuk itu pasti, peroleh kepercayaan yang asal itu kembali adalah mustahil.

Wanita takkan lupa, sumpah takkan. Kau baik macam mana pun, kau tengok gaya dia macam dah hilang ingatan dengan perangai kau tapi percayalah, satu hari nanti hal yang kau buat itu akan diungkit balik jika kau ulang.

Kau tak boleh salahkan wanita dan isteri. Apahal kau nak salahkan diorang? Kau yang buat hal, kau yang buat perangai, kau tanggunglah. Wanita memang dicipta untuk setabah itu. Bukan berdendam tapi hati diorang sangat mahal, semahal cinta dan pengorbanan untuk kau sebagai suami dan juga anak anak.

Jangan kata kau, aku pun pernah terbuat hal. Bukan hal apa pun, cuma aku terlalu ramah. Yang perempuan pula dok fikir lain. Orang meniaga takkan sombong pula iye tak? Sebab tu aku selalu cakap, kau dan aku lelaki. Terlalu mudah untuk leka dan kita pula memang dicipta supaya mudah tertarik dengan benda terutamanya wanita, rumah dan kereta yang cantik.

Kau lelaki yang teragung jika kepercayaan itu sama seperti sebelum kau buat hal. Jagalah elok elok. Kita lelaki ni hanya akan tersedar, akan menyesal bila isteri dan anak anak dah tinggalkan kita.
 Jangan tunggu sampai saat neraka tu. Jangan! Cukup 3 hari isteri tak ada kat rumah. Kau rasa sendiri, aku sehari Eleena balik rumah orang tua dia pun dah cukup. Boleh menangis bro.

Sila mention wanita bergelar isteri serta ibu kepada anak anak kau yang setiap hari kerjanya minta emas, berlian dan permata kalau ada, sampai kepala paip pun nak emas. Kalau ada lah. Sebab diorang cuma nak kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan dari kau orang sebagai suami.

Isteri tak bodoh, diorang tahu kemampuan kau sebagai suami. Diorang yakin yang satu hari nanti segala penat jerih, usaha dan pengorbanan kau akan membuahkan hasil. Ini tidak, ada duit sikit lupa diri, lupa anak bini. Mana lah ekonomi nak naik, nak bertahan lama.

Ingat, bila kau menyenangkan hati isteri, segala urusan kau akan dipermudahkan. Macam tu jugak dengan orang tua terutamanya ibu. Jangan marah bila orang macam aku selalu sebelahkan isteri. Jangan sesekali kau lupa, isteri itu adalah wanita, wanita itu adalah ibu kepada anak anak kau seperti mana ibu kepada diri kau sendiri.

Wajib ditaati hingga hujung nyawa. Wajib diangkat martabatnya. Jangan kau rasa kau suami dan lelaki, kau berkuasa atas segalanya. Allah dah susun segalanya untuk kita hingga setiap hembusan nafas yang kau, aku dan kita semua sebagai hambaNya ini peroleh. Mizan Dzai

Siakapkeli.my

Lelaki Ini Mampu Menyelam Sedalam 202 Meter Tanpa Alat Pernafasan

Hebat orang satu ini, dia mampu menyelam ke dasar lautan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan.

Guillaume Nery telah memecahkan rekod dunia menyelam tanpa alat bantuan pernafasan hingga kedalaman 200 meter lebih. Aksinya ini dilakukan di Dean Blue Hole sebuah lubang bawah laut terbesar di dunia yang terletak di barat, Bahama.


Rekor dunia menyelam tanpa alat bantuan pernapasan dipecahkan pertama kali di tahun 2002 dipelabuhan Villefranche-sur-Mer, di Alpes Maritimes, Perancis.Saat itu Nery menyelam hingga kedalaman 87 meter.

Kemudian pada tahun 2004 di Saint Leu, La Reunion, Nery mampu menyelam hingga kedalaman 96 meter.Pada 6 September 2006 dia berhasil mencapai kedalaman 109 meter.


Namun di bulan November 2007 rekornya dikalahkan oleh Herbert Nitsch yang mampu menyelam hingga kedalaman 112 meter. Pada 3 Julai 2008, Nery berhasil memadamkan rekod Herbert Nitsch kerana dia mampu menyelam hingga kedalaman 113 meter.

Pada bulan Julai tahun 2010 ini, Nery mampu menyelam hingga 202 meter tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.Suatu rekod dunia yang spektakuler yang belum boleh dilakukan oleh orang lain.

6 Aktiviti Riadah Menarik Yang Boleh Korang Buat Di Morib


Salah satu destinasi percutian tepi pantai yang terkenal dikalangan warga Kuala Lumpur, Selangor dan negeri sekelilingnya. Korang pernah pergi Morib tak? Ape yang ada dekat morib? Aktiviti apa yang boleh buat? Kami di Oh! Media nak berkongsi serba sedikit tentang Morib. Jom kita lihat.

Morib adalah sebuah mukim di Daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Pantai Morib yang tenang itu merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di negeri ini. Selain dari itu juga, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan melakukan aktiviti bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Mesti korang terpikir aktiviti apa yang boleh buat dekat Morib tu kan? Jom kita tengok 6 aktiviti beriadah yang boleh dilakukan dekat Morib tu.

1. Jom kita berkelah


Tempat yang dikelilingi pokok rendang, kawasan rumput hijau yang luas dan dikelilingi pantai yang indah, memang sesuai dijadikan tempat untuk berkelah. Jika korang berniat untuk tidak membawa sebarang bekalan makanan tidak mengapa kerana terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang berdekatan. Apabila perut sudah penuh, mata mula mengantuk, ditambah pula angin pantai yang menderu membuatkan korang rasa nak bentang tikar dan tidur di situ. Haha!

2. Kunjungi tempat-tempat menarik


Pasti ramai yang tak tahu morib mempuyai tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati. Pernah korang terfikir tempat ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Secara ringkasnya, Morib satu masa dahulu pernah menjadi tempat pendaratan dan pertahanan tentera British daripada serangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Korang boleh ke monumen kecil yang terletak di tepi Pantai Morib menceritakan sejarahnya itu.

Selain dari itu juga, banyak tempat-tempat menarik dalam Morib yang korang boleh lawati seperti Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaudin, Istana Bandar dan banyak lagi.

3. Memancing, menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut


Di Pantai Morib ini memang tidak digalakkan untuk mandi-manda kerana faktor pantai yang tidak sesuai untuk dijadikan tempat mandi. Apabila tiba waktu air surut korang boleh berjalan sehingga 400-500m dari pantai dan pada waktu ini korang boleh menangkap ketam dan mengutip cengkerang laut.

Selain daripada Pantai Morib ini, terdapat beberapa pantai lagi yang korang boleh pergi seperti Tanjung Rhu di Pulau Carey dan Pantai Kelanag. Kepada yang gemar menagkap ikan, korang boleh ke Pantai kelanang tu sebab ramai kesana untuk menyewa bot dan memancing.

4. Jalan-jalan cari makan


Jika sudah berdekatan dengan pantai, tentulah makanan laut paling terkenal di Morib, Antara menu yang menjadi pilihan ialah ikan bakar, sotong goreng tepung dan bermacam-macam lagi.

Tetapi kalau korang nak makan yang lagi menarik, luangkan masa korang dalam 20 minit untuk pergi ke Banting. Antara tempat makan yang sedap korang boleh kunjungi ialah Medan Selera Dataran Morib, Restoran Juvita Seafood, Cendol Banting Ibrahim dan banyak lagi.

5. Gold Coast Morib Tempat menenangkan fikiran


Sekiranya korang sampi ke Pantai Morib dan inginkan tempat penginapan yang menarik terutamanya bersama kaum keluarga, Gold Coast Morib adalah tempatnya. Tempat yang selesa dan mempunyai taman tema air tersendiri khas untuk para tetamu tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Sambil orang dewasa menikmati keindahan di situ kanak-kanak pula boleh bermain air dengan puas. Boleh tonton video di bawah.


6. Aktiviti bermain layang-layang


Oleh kerana Pantai Morib mempunyai kawasan yang lapang di ikuti dengan angin laut yang menderu, tidak hairanlah jika tempat ini terkenal dengan permainan layang-layang dan wau. Ini adalah salah satu tarikan pelancong untuk datang ke sini.


Jika korang minat dengan aktiviti bermain layang-layang ini, korang boleh datang ke Pesta Morib Karnival Udara 2016 pada 26 - 27 November 2016 ini di Dataran Pantai Morib. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut antaranya Pertunjukan Wau dan Layang-Layang dan bengkel membuat wau.


Itu permainan tradisional, tapi kalau nak lebih berteknologi sikit ada Pertandingan dan Pertunjukan Drone pada masa yang sama.

Daripada korang yang duduk melepak sambil bermain gitar dan menyanyi beramai-ramai dekat tepi pantai itu, bolehlah menyertai pertandingan Battle Of The Band Rock Kapak. Ada hadiah lumayan menanti korang.


Turut ada pelbagai jenis gerai makanan, jualan layang-layang, drone dan cendera hati akan dibuka sepanjang acara tersebut berlangsung. So jangan lupa datang ke Pesta Morib Karnival Udara 2016 dari 25 hingga 27 November 2016 ini.

Pendek kata tak kenal maka tak cinta. Lokasi yang tidak jauh dari ibu kota tentunya menjadikan Morib sebagai salah-satu lokasi istirehat yang terbaik untuk berhujung minggu bersamsa keluarga dan kawan-kawan.

Sumber : Oh Media

Pemandu Treler Dakwa Elak 'Lembaga Hitam' Sebelum Terbalik di LPT2



Dungun: Seorang pemandu treler yang berusia 25 tahun berkata dia mengelak kelibat 'lembaga hitam' yang melintas di hadapan kenderaan yang dipandunya menyebabkan treler berkenaan terbabas sebelum terbalik di KM 342.7, LPT2 selepas susur keluar Kuala Dungun kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, pemandu berkenaan bersama kelindan yang juga adiknya mengalami cedera ringan.

Kata pemandu tersebut, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan bijih besi berkonvoi dari Gua Musang untuk menghantar bahan itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan.

Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat telefon bimbit.

Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Dia dan adiknya kemudian dibantu keluar oleh Awi.

Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.

Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurkan treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan,” katanya.

Kemalangan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub.

Sumber: Harian Metro